Monday 5 May 2014

memang khilafku.

alhamdulillah.

assalamualaikum. maaf jika entry kalini agak melayan perasaan sikit. hmm. terlalu banyak feedback yang saya dapat dari mereka-mereka(takdalah banyak sangat. tapi lebih dari lima tu kira bayaklah juga kan). hmm.
feedback berkenaan dengan entry post saya yang bertajuk #si pencuri hati yang saya update last week. ada feedback yang mendoakan kebahagiaan kami, ada feedback yang merasakan  cerita saya itu cerita yang comel,yang sweet, ada feedback yang cuba menarik saya semula kepada kebenaran, dan ada yang cuba bagi feedback mcm ala-ala memerli saya. saya agak tersentap dengan feedback-feedback tersebut. baiklah, saya cubamerungkai segala feedback-feedback awak semua. baiklah, sila pinjamkan  saya matadan hati anda-anda untuk membaca ya.


baiklah.dengan ini, saya mengaku saya memang salah.salah sebab apa? salah sebab cuba menunjuk-nunjukkan kebahagiaan saya di khalayak ramai. tapi demi  ALLAH, langsung takda terlintas niat cuba untuk menunjukkan kebahagiaan saya. dan mungkin ada pembaca yang mungkin menyalahkan saya dengan alasan "tolonglah jangan nak menunjukkan kebahagiaan korang kat sini. ingat korang ja yang boleh/ada kebahagiaan?" mashaALLAH. kenapa sampai ckp mcmtu sekali?  jika benar saya bersalah, baiklah. saya benar-benar memohon ampun dan maaf atas kealpaan saya dan khilaf saya ini. but please, don't do like this to me. i am not strong enough. ada juga feedback yang cakap, "mohon jangan cuba menarik lebih ramai lagi remaja-remaja untuk terpengaruh dengan cinta yang tak halal". apakah ini? dengan cerita saya seperti itu, adakah sudah cukup kuat dijadikan sebagai alasan untuk menarik remaja-remaja supaya bercinta? allahu. saya benar-benar minta maaf. ada juga feedback yang cakap "amboi. baru bercinta, semua dah tahu. dah takda rahsia-rahsia lagi dah".  hmm. again. saya minta maaf. bukan cuba untuk bersikap kurang ajar. saya dan  dia langsung tak  pernah berjumpa. never okay. kami hanya berhubung melalui telefon, alam maya,dan tidak lebih dari itu. percayalah. dan sedikit-sedikit butiran diri dia pun, bukanlah dia yang bagi sampaikan terlalu detail begitu. kami sudah berkenalan lebih 3bulan, dari setiap apa yang serba sedikit dia cakap tentang dirinya, saya cuba take note, cuba ingat, dan cuba kumpulkan semuanya, jadilah sebuah biodata yang lengkap seperti yang saya sertakan dalam entry tersebut. demi ALLAH,  masih ada  banyak rahsia antara kami. bukan seperti yang awak cakapkan dah takda rahsia-rahsia. kami sangat sedaya upaya untuk menjaga batas dan pergaulan kami. kerana kami tahu, kami masih tiada lagi ikatan yang dapat menghalalkan segalanya. apa-apapun, terima kasih atas peringatan dan teguran tersebut.dan lain pula bagi yang beri feedback "wahh. sosweet", "ala comelnya", "semoga bahagia dan kekal sampai syurga".alhamdulillah. terima kasih untuk doa tersebut. tapi! janganlah jadikan cerita saya tu sebagai alasan untuk awak cari pasangan express seperti yang saya kongsikan. janganlah jadikan sebagai alasan untuk awak beria nak rasa bagaimana indahnya bercinta. ya? bukanlah saya nak menghalang awak bercinta. tapi jangan terlalu cepat mengharapkan kebahagiaan dengan menganggap kalau ada gf/bf hidup tak bosan and bla bla bla. ya? takpa, sabar. doa untuk jodoh diri sendiri juga perlu. jangan pernah berhenti doa supaya ALLAH jodohkan awak dengan jodoh yang baik-baik. tapi, jangan pula nak cari yang terlalu sempurna, yang terlalu baik, sebab memang takda sorang pun yang sempurna seperti yang kita harapkan. asalkan, bila sudah sampai jodoh, cuba amalkan sikap sabar dan syukur. inshaALLAH, ada keberkatan disitu.
jangan pula ada yang cakap saya cuba menonjolkan cinta islamik. mashaALLAH. tidak pernah ada istilah cinta islamik ya semua. jangan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran sesat tu semua. mereka-meraka sengaja tambah perkataan islamik di hujung supaya mudah diterima masyarakat. jika benar-benar ingin cinta islamik, bercintalah selepas berkahwin. inshaALLAH, lebih islamik, dan lebih bahagia, setiap perbuatan yang dilakukan bersama suami, ada ganjaran pahala yang ALLAH janjikan. subahanallah! betapa ALLAH memuliakan mereka yang ingin membina masjid. sedangkan melihat wajah suami/isteri juga adalah pahala. allahu akbar. jadi, sebab itu wanita mudah untuk masuk syurga. asalkan taat perintah suami, jaga solat, jaga maruah/kemaluan. maka, ALLAH janjikan "masuklah kamu kedalam syurga, dari mana-mana pintu yang kau kehendaki". hmm. inshaALLAH, saya doakan semua kawan-kawan saya, semua pembaca-pembaca blog saya ini, dijadikan isteri yang solehah, dijodohkan dengan jodoh yang baik-baik, dikurniakan ana-anak yang soleh/solehah, dan dibalaskan dengan balasan syruga kelak. amin ya rabb :) saya juga sedang cuba berubah untuk lebih dekatkan/abdikan diri saya kepada ALLAH. saya hanyalah manusia biasa, yang tak pernah terlepas dari membuat dosa, tanpa noktah. apapun, siapa saya, siapa dia, siapa mereka, biarlah ALLAH sahaja yang menilai kita. kita takda hak untuk menghukum siapa seseorang iitu dengan apa yang dia lakukan, dengan apa yang dia katakan. manusia yang menyembunyikan kebaikan adalah lebih baik daripada manusia yang menonjolkan kebaikan, dan menyembunyikan kejahatan. janganlah pernah membenci seseorang kerana dalam kita membenci seseorang kerana satu kejahatannya, mungkin dalam masa yang sama dia sedang memikirkan 10kebaikan kita lalu mendoakan kita. ha. see? itulah sebabnya kita kena selalu berbaik sangka. pelihara hati kita. supaya tak dikotori dengan bisikan-bisikan syaitan. wallahualam.

lagi berapa hari sahaja saya bakal mendaftarkan diri ke matrikulasi kedah, semakin jauh dari mak ayah, huaa. semakin jarang jugalah untuk saya update blog ini. hihi. takpa, nt kalau rindu saya, bacalah semua entry yang lepas-lepas ya! doakan supaya saya berjaya disana! inshaALLAH. okaylah. till meet you on my next entry! xoxo. love you. wasalam.




*selamat merawat hati! :)