Monday 5 May 2014

memang khilafku.

alhamdulillah.

assalamualaikum. maaf jika entry kalini agak melayan perasaan sikit. hmm. terlalu banyak feedback yang saya dapat dari mereka-mereka(takdalah banyak sangat. tapi lebih dari lima tu kira bayaklah juga kan). hmm.
feedback berkenaan dengan entry post saya yang bertajuk #si pencuri hati yang saya update last week. ada feedback yang mendoakan kebahagiaan kami, ada feedback yang merasakan  cerita saya itu cerita yang comel,yang sweet, ada feedback yang cuba menarik saya semula kepada kebenaran, dan ada yang cuba bagi feedback mcm ala-ala memerli saya. saya agak tersentap dengan feedback-feedback tersebut. baiklah, saya cubamerungkai segala feedback-feedback awak semua. baiklah, sila pinjamkan  saya matadan hati anda-anda untuk membaca ya.


baiklah.dengan ini, saya mengaku saya memang salah.salah sebab apa? salah sebab cuba menunjuk-nunjukkan kebahagiaan saya di khalayak ramai. tapi demi  ALLAH, langsung takda terlintas niat cuba untuk menunjukkan kebahagiaan saya. dan mungkin ada pembaca yang mungkin menyalahkan saya dengan alasan "tolonglah jangan nak menunjukkan kebahagiaan korang kat sini. ingat korang ja yang boleh/ada kebahagiaan?" mashaALLAH. kenapa sampai ckp mcmtu sekali?  jika benar saya bersalah, baiklah. saya benar-benar memohon ampun dan maaf atas kealpaan saya dan khilaf saya ini. but please, don't do like this to me. i am not strong enough. ada juga feedback yang cakap, "mohon jangan cuba menarik lebih ramai lagi remaja-remaja untuk terpengaruh dengan cinta yang tak halal". apakah ini? dengan cerita saya seperti itu, adakah sudah cukup kuat dijadikan sebagai alasan untuk menarik remaja-remaja supaya bercinta? allahu. saya benar-benar minta maaf. ada juga feedback yang cakap "amboi. baru bercinta, semua dah tahu. dah takda rahsia-rahsia lagi dah".  hmm. again. saya minta maaf. bukan cuba untuk bersikap kurang ajar. saya dan  dia langsung tak  pernah berjumpa. never okay. kami hanya berhubung melalui telefon, alam maya,dan tidak lebih dari itu. percayalah. dan sedikit-sedikit butiran diri dia pun, bukanlah dia yang bagi sampaikan terlalu detail begitu. kami sudah berkenalan lebih 3bulan, dari setiap apa yang serba sedikit dia cakap tentang dirinya, saya cuba take note, cuba ingat, dan cuba kumpulkan semuanya, jadilah sebuah biodata yang lengkap seperti yang saya sertakan dalam entry tersebut. demi ALLAH,  masih ada  banyak rahsia antara kami. bukan seperti yang awak cakapkan dah takda rahsia-rahsia. kami sangat sedaya upaya untuk menjaga batas dan pergaulan kami. kerana kami tahu, kami masih tiada lagi ikatan yang dapat menghalalkan segalanya. apa-apapun, terima kasih atas peringatan dan teguran tersebut.dan lain pula bagi yang beri feedback "wahh. sosweet", "ala comelnya", "semoga bahagia dan kekal sampai syurga".alhamdulillah. terima kasih untuk doa tersebut. tapi! janganlah jadikan cerita saya tu sebagai alasan untuk awak cari pasangan express seperti yang saya kongsikan. janganlah jadikan sebagai alasan untuk awak beria nak rasa bagaimana indahnya bercinta. ya? bukanlah saya nak menghalang awak bercinta. tapi jangan terlalu cepat mengharapkan kebahagiaan dengan menganggap kalau ada gf/bf hidup tak bosan and bla bla bla. ya? takpa, sabar. doa untuk jodoh diri sendiri juga perlu. jangan pernah berhenti doa supaya ALLAH jodohkan awak dengan jodoh yang baik-baik. tapi, jangan pula nak cari yang terlalu sempurna, yang terlalu baik, sebab memang takda sorang pun yang sempurna seperti yang kita harapkan. asalkan, bila sudah sampai jodoh, cuba amalkan sikap sabar dan syukur. inshaALLAH, ada keberkatan disitu.
jangan pula ada yang cakap saya cuba menonjolkan cinta islamik. mashaALLAH. tidak pernah ada istilah cinta islamik ya semua. jangan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran sesat tu semua. mereka-meraka sengaja tambah perkataan islamik di hujung supaya mudah diterima masyarakat. jika benar-benar ingin cinta islamik, bercintalah selepas berkahwin. inshaALLAH, lebih islamik, dan lebih bahagia, setiap perbuatan yang dilakukan bersama suami, ada ganjaran pahala yang ALLAH janjikan. subahanallah! betapa ALLAH memuliakan mereka yang ingin membina masjid. sedangkan melihat wajah suami/isteri juga adalah pahala. allahu akbar. jadi, sebab itu wanita mudah untuk masuk syurga. asalkan taat perintah suami, jaga solat, jaga maruah/kemaluan. maka, ALLAH janjikan "masuklah kamu kedalam syurga, dari mana-mana pintu yang kau kehendaki". hmm. inshaALLAH, saya doakan semua kawan-kawan saya, semua pembaca-pembaca blog saya ini, dijadikan isteri yang solehah, dijodohkan dengan jodoh yang baik-baik, dikurniakan ana-anak yang soleh/solehah, dan dibalaskan dengan balasan syruga kelak. amin ya rabb :) saya juga sedang cuba berubah untuk lebih dekatkan/abdikan diri saya kepada ALLAH. saya hanyalah manusia biasa, yang tak pernah terlepas dari membuat dosa, tanpa noktah. apapun, siapa saya, siapa dia, siapa mereka, biarlah ALLAH sahaja yang menilai kita. kita takda hak untuk menghukum siapa seseorang iitu dengan apa yang dia lakukan, dengan apa yang dia katakan. manusia yang menyembunyikan kebaikan adalah lebih baik daripada manusia yang menonjolkan kebaikan, dan menyembunyikan kejahatan. janganlah pernah membenci seseorang kerana dalam kita membenci seseorang kerana satu kejahatannya, mungkin dalam masa yang sama dia sedang memikirkan 10kebaikan kita lalu mendoakan kita. ha. see? itulah sebabnya kita kena selalu berbaik sangka. pelihara hati kita. supaya tak dikotori dengan bisikan-bisikan syaitan. wallahualam.

lagi berapa hari sahaja saya bakal mendaftarkan diri ke matrikulasi kedah, semakin jauh dari mak ayah, huaa. semakin jarang jugalah untuk saya update blog ini. hihi. takpa, nt kalau rindu saya, bacalah semua entry yang lepas-lepas ya! doakan supaya saya berjaya disana! inshaALLAH. okaylah. till meet you on my next entry! xoxo. love you. wasalam.




*selamat merawat hati! :)

Sunday 4 May 2014

#throwback

alhamdulillah.

assalamualaikum semuaa. huh, bila dah lebih 3 hari tak menaip di blog, tiba-tiba terasa rindu yang sangat membuak. so, taknak cerita panjang, and just straight to the point ya?
okay okay my blogwalking sekalian, semalam bertarikh 3 mei 2014, secara rasminya, secara pertama kalinya, secara teruja tahap menggila buta nya, secara jakun tahap rusa masuk kampungnya, and secara what so on lah, saya and my other friends pergi outing ke bandar dengan menaiki kereta yang dipandu sendiri oleh one of us! gila tak jakun nokkssss. memang tulah harapan dan impian dulu-dulu masa zaman-zaman sekolah. asal ada masa free ja, mesti verangan sampai meleleh air liur basi (huaa. gelinya) *gurau okeyy. verangan lah. "nanti dah habis sekolah, amik lesen, pastu kita keluar ramai-ramai, pergi jalan-jalan". "nanti dah habis sekolah pertama sekali yang aku nak buat ialaha nak amik lesen ketaaa. baru panjang sikit langkah nak berjalan berjimba berfoya-foya". see? budak-budak sekarang, waktu free kat sekolah bukan nak ulang kaji pelajaran. ececehh. mcm lah saya ni ulangkaji sangat kan? huahaha. then, back to the main story. so, bayangkanlah, dalam satu kereta wira bersama turbo gila bunyi ekzos satu bandar segamat sampai muar boleh dengar bunyinyaa. huahaha. mula-mula tu mcm percaya tak percaya ja sampai terlepas kat mulut "ehh, biar betul naik kereta ni". ingatkan cakap dalam hati, rupanya terlepas kat mulut. haha. habis satu kereta dok beria sakan menggelakkan mak! huaaaa. bukan apa, before ni kalau terserempak dengan kereta yang bunyi mengaum mcm harimau lapau tu memang kena sumpah lakhnat ja dengan saya! haha. jakgi, for the last, saya pula yang kena naik. tu yang mcm tak boleh terima kenyataan ja. haha. *agak-agak ada orang sumpah lakhnat saya tak semalam? haha. ahh. sumpah pun sumpahlah. yang pasti sekarang aku dah takkan sumpah-sumpah kereta mcmtu lagi. sebab not bad jugaklah! huhaaa. walaupun setiap kali langgar bendul, terasa seperti disiat-siat ja punggung ni. haha. sebab apa? sebab keretanya rendah, so setiap kali lalu bendul, akan jejak. last-last, ntah teori nenek moyang zaman merongmahawangsa mana ntah yang ckp, kena senget sikit kalau lalu bendul. hah, last-last, berjaya juga experiment tu. sumpah tak jejak dah! so, sesiapa yang nak cuba, cubalah! gerenti berpuas hati, jaminan pulangan kalau jejak juga, boleh bawak balik bendul tu letak depan rumah. hihikksss.
kadang-kadang terfikir juga, agak nya jejak disebabkan terlebih muatan juga kot! bayangkan lah kakak-kakak, makcik-makcik, pakcik-pakcik, satu kereta wira naik 6orang noksss. huaaa. mcmtu, naik kereta kuda pun kuda surrender. haha. kereta bunyi mcm gila perkasa gagah bergaya, jakgi kalau kena tahan polis habis kena gelak ja dengan pak polisi tu sebab dalam kereta macam sardin. kalau ada jambatan timbang, memang confirm-confirm overload punya! hahahahaha. gila memekak dlm kereta jgn ckplah. semua tak berubah-rubah. tapi bila ada lagu best ja, mula lah semua dok melayan perasaan feeling-feeling ala-ala achik dgn nana. haha! nasib baik saya duduk depan, jadi GPS untuk pak supir kami. hihi. yang pak supir kami ni, kering ja, tapi bawak kereta kalah michelle schumacer (betul kah ejanya ni) hihi.
alaa. kitorang outing semalam pun sebab dah lama sangat tak berjumpa. dah 2tahun tak jumpa. sebab last jumpa masa amik result pmr, then i got an offer for MRSM. jadi rindunya memang tidak terkatalah. and memandangkan, major of us yang akan sambung form 6 yang akan mendaftar diri esok (isnin), and 2 of us akan futher to matriks, thats why kejamkan juga mata, main rempuh ja pilih tariks semalam untuk buat gathering sikit, untuk lepaskan rasa yang sudah lama terbuku ni ha. atleast dapat jumpa kejap pun jadilah kan? hihi. betullah orang cakap, time study is the most precious time yang kita memang takkan lupa. sebab memang banyak gila kot kenangan dengan kawan. bergaduh, berbaik, bergelak, menangis, jatuh bangun semua sama-sama. kan? walaupun pernah bermusuh, tapi at last, jadi kawan rapat juga! alhamdulillah. persahabatan ni anugerah ALLAH juga tau! so hargailah ia, kerana persahabatan ni umpama seuntas tasbih, yang dicipta, ada pengawalan, tapi tiada pengakhiran. yang diratib, untuk meraih kasihnya ya Rabbi. alhamdulillah. okay, jom layan picca yang sempat diambil semalam. maaflah kalau gambar-gambarnya mcm over putih pula! sebab my camera punya flash semalam mood dia baik pula. dia bagi layanan 5star punya. sebabtu gambar ni pun jadi cantik. jangan ckp saya ter-over editing pula ya. saya just edit sikit leghtning dia, and tambah caption dan border. tu jaa. so, lessggoo kita layan gambar :)

gila muka ajet-ajet ayu ja yang belakang tu :p
muka semua sudah menunjukkan kematangan okeyy.
siapa yang nampak kami semalam? hihoooo
syikin tudung pink tu lah budak yang paling care pasal saya. 
huaaa. terharu ada kawan mcm dia ni.
masa nak amik gambar ni, terlalu banyak halangan okeyy. 
orang nak tumpang lalu bagailah. menyibuk kan?
muka semua bengang ja sebab mekka tarik tudung dieorang. muehehe
nasib baik saya tak kena!
muka excited dapat lepas masuk kereta. btw, bukan si tudung 
kuning tu ya pak supir kami. dia act-act ja! haha
subahanallah. comelnya kami!
syifa' yang belakang tu bongek. haha
mana syifa'? hahaha
macam jakun ja. macam jakun ja.
mcm lost and found pula! inilah dia pak supir yang sebenar. hihoo
kami dulu pernah jadi sahabat baik, sehinggakan mencipta nickname 
"chabby". sebab cha+abby. hihi
muka gila belagak mcm minta kasut saiz 9 :p
muka gila comel mcm minta gula-gula ja. 
wahahahaha. sangat gila.
comelnya kita kan abby kan syifa'? haha
ini baru sikit puak kami. kalau bawa semua, fining abang-abang
kakak-kakak pekerja mcD tu.
alalalala. rindu semuanyaaaaa :(
syikin, kita comel kan? kan?
syikin told me to make a surprise face. so, this is the result.
awak jangan gelak okayy syikin!
mana syikin? mana syikin? laaa. kat belakang ghupenyerrr :p
last but not least, thanks a lot nurul! kalau awak takda, mesti tak bergeraklah
kita semua semalam kann? hihi

okay. thats all. yang bertudung biru berbaju kurung itulah pak supir kami. terima kasih nurul! hehe. after ni jangan lupa temu janji kita untuk outing masa sem break nanti ya! yang nak daftar form6 esok (isnin), goodluck! may ALLAH ease youalls on everyhting what you do. okay? jangan lupakan saya yang bakal berangat ke kedah ni yaa. janji tau. hihi.
till meet you next. xoxo. love youu.

Thursday 1 May 2014

#si pencuri hati

alhamdulillah.

asslamualaikum. *tak jawab dosa, kalau jawab sayang. muahaha
okayy, memandangkan sekarang saya sudah berumur lapanbelastahun, jadi, tiada gunanya untuk saya membebel panjang berjela-jela. just nice kalau kita terus straight to the point. btw, saya rasa macam kenapa simple sangat blog saya ni? haha. my previous blog (princessparklingolala.blogspot) tu lagi cantik menarik tertarik memang daboom lah kan? haaa. kalau ada yang tanya kenapa delete blog tu? jawapannya "sebab saya dah nak muntah tengok blog tu" haha. well, saya memanglah jenis yang sangat cepat bosan. jadi di di. saya pun mengambil keputusan untuk delete blog tu tanpa berfikir panjang. padahal boleh ja tukar template kah, tukar background kah, kan? haha. biarlah. past is past. now saya dah ada blog baru dah pun! kalau takda followers pun takpa, saya takesah. kalau takda orang yang nak baca pun takpa. lagi lah tak kesah. hihooo. so, back to the main point saya untuk entry yang kedua ni. cepat baca apa tajuk entry saya? haha.
okay, kalau sesiapa yang perasan, for each of my status and at the end of the status tu i will put the #NM right? so, disebabkan lebih dari 10 orang (most of them adalah my closed friends jalah. sebab saya ni takdalah famous manapun kat FB sampai semua orang nak tanya kan) ahakss, and soalan lazim yang ditanya adalah siapa #NM tu? apa? korang PM korang ingat saya nak jawab? haha. sorry. so, jangan marah dulu, sebab dalam entry nilah saya nak jawab siapakah si #NM tu. jadi, beruntunglah kepada sesiapa yang membaca. hihooo.

sooo. lessgoo. i nak cerita siapa dia.
BIODATA: (ciss siap bagi biodata) haha

  1. nama : Mohamad Nabil bin. Mahfod
  2. tarikh lahir : 26dec1994
  3. berat : 65poundsKG
  4. tinggi : 165inchiCM
  5. makanan/minuman kegemaran : alwaysss nasi goreng kampung(sampai yang dengar pun naik muntah hijau)/ teh bunga
  6. warna kegemaran : hijau/merah
  7. haiwan kesayangan : kucing (tapi dia cakap kucing dia kena culik. haha. gelak sakan terguling-guling ja bila dengar kucing kena culik)
  8. status : not single
  9. adik beradik : anak ke-7 dari tujuh beradik (bongsususususususu)
  10. pekerjaan : lepasan practical (tek. telekomunikasi) ILP, bakal melanjutkan pelajaran di ADTEC kedah (tapi minta tukar melaka sebab jauh. tapi hakikatnya saya yang perlu ke matrikulasi kedah. mesti menyesal gila dia minta tukar. padanmuka. haha)
  11. artis kegemaran : nursyahirah shamsuddin ( artis baru keni? hahahahaha)
  12. perkataan yang sering disebut-sebut : 'camtu leee' (ni semua pengaruh iklan nestle. geram jeee)
  13. ciri-ciri :
  • penyayang (selalu kena buli dengan anak sedara dia. mata kena tumbuk pun relax ja. hebat dia ni. nt dah kawin boleh lah selalu-selalu saya tumbuk. terus jadi mcm mata panda. haha)
  • sopan santun (yeke?)
  • tenang,
  • baik hati,
  • ringan tulang (buktinya selalu tolong mak dia buat kuih, jual kuih. dia ni pakar buat karipap, so sapa-sapa yang nak tempah, just call him okay. dalam masa dua jam setengah boleh siap karipap tujuh/lapan dulang. teror tak teror dia ni. haha. saya pun tak tahu dia bela hantu saka mana yang boleh tolong dia buat kuih)
  • pandai memujuk (selalu kena marah kalau tak pujuk saya. tapi dia cool ja walaupun kena marah banyak kali. haha)
  • berbudi bahasa
  • penyabar
  • sepet (memang tidur jalah 24jam dia ni. mata macam nak taknak ja buka. haha)


macamana boleh kenal? haha. (mesti ada yang tertanya-tanyakan?
takpa, meh saya jawab. cenni, masa habis spm ritu, dalam bulan 12, saya memang 24hours online tau. sebabnya dah 2tahun kat maktab memang takda chence langsung nak online. so apalah lagi, habis spm terus qada' niat online. hihi
sampailah satu hari, 23haribulan 12 tak silap saya, si mamat sepet ni add saya. saya pun approve lah. tak lama lepastu dia terus send chat "hye". muahaha. gelojoh betul dia ni. kot ya pun, sesabarlah dulu nak chat pun. saya punya terkejut, terus log out. haha. esoknya, baru pergi usha fb dia, tengok gambar dia, yalah mestilah nak tengok dulu, ntah2 mat rempit ka, pembunuh bersiri kah, tak kah naya dibuatnya. so, setelah berpuas hati, barulah saya reply chat dia "ohh ya, assalamualaikum" (nampak tak permainan nya?) hihi
and berterusanlah chat dengan dia di fb. yang uniknya, kitorang chat malam ja, tepat pukul 9setengah malam. sebab apa? sebab dia tolong mak dia buat kuih. haha (alalala, rajin kan?), and start bulan satu, dia ada practical, balik petang. so after isya' barulah dok ngadap FB berjam-jam sebab chat dengan dia. start dari situ saya mula rasa mcm 'ish dia ni. sanggup kot buat kuih cepat-cepat sebab nak chat dgn saya, beli package internet kat phone setiap hari sebab semata-mata nak chat dengan saya. allahu. gila sweet dia ni kan? hihi). yang peliknya, dia tak pernah pun cakap dia suka saya. tapi dari cara dia, kesungguhan dia, buat saya cair pula. btw, dari awal kita kenal, dia takpernah minta number phone saya. nampak tak? betapa berbudi bahasanya dia kan? alhamdulillah. sampailah hujung bulan satu tu, saya cakpa dekat dia:

saya : "awak, kenapa awak tak pernah minta number phone saya? kalau saya nak bagi number phone saya, awak nak tak" (haha, mcm perigi mencari timba pula. tapi disebabkan saya tertarik dengan hati budi dia, kenapa saya nak lepaskan? saya ni sebenarnya bukanlah seorang perempuan yang mudah jatuh cinta tau. tapi tak tahulah kenapa tiba-tiba perasaan tu berubah bila dengan dia ni) hihi
NM : "ehh, saya nak minta tapi takut awak pula yang tak bagi. betulkah awak nak bagi? takpakah?"
saya : "ha ya betul ni. saya nak bagi ni. awak nak tak?"
NM : "ha, nak nak. saya nak"

haha. nampak tak betapa dia menghormati hak orang lain? maksud saya, dia tahu, number phone tu kan hak saya, so dia takut kalau dia minta saya tak bagi. hmm. alhamdulillah. so, 1FEBRUARI,2014, secara rasminya, saya dan dia bersama-sama mengikat janji kesetiaan, inshaALLAH, wil hold till the end of my life. family saya semua dah tahu pasal dia, dah tengok gambar dia, and mak pun alhamdulillah mula boleh terima kenyataan yang saya dan dia mula ada hubungan yang semakin serius. btw, jangan salah anggap pula, saya dengan dia tak pernah berjumpa pun tau. walau apapun, mak ckp kalau nak jumpa dia mesti kena bawa mak. and, saya terima syarat tu. demi menjaga batas masing-masing, inshaAllah. kami selalu luangkan masa untuk solat sama-sama, maksudnya, kitorang solat saing. alhamdulillah. lagi seronok rasanya kalau dapat jemaah dengan dia dalam ikatan yang sah satu hari nanti. (doakan ya). inshaAllah.
and, sekarang tengah belajar cara nak pikat hati mak mentua dan pak mentua pula! hihi. okaylah, semoga dengan penulisan ini, dapat menjawab semua persoalan rakan-rakan saya. ya :)
btw, sapa-sapa yang nak tengok gambar dia, jom layannnn ^^v


 *iklan deodorant kah ni? hihoo


 kenapalah dia ni tidur ja kerjanya :D


 comelnyaaaa.


 kelakar ja tengok mata dia! huahahaha


 alalahhhaii kassim selamat :p


 ni ja yang paling besar yang dia boleh buat. hihi


handsomenyaa diaaa. 


inshaALLAH. saya sentiasa ada untuk awak, sampai akhir nyawa saya.


okaylah. till meet on my next entry ya. xoxo, love you!

Tuesday 29 April 2014

my first, for the new begins.

alhamdulillah.

assalamualaikum. *cehh, ajet-ajet macam ada orang nak jawab ja kan? hihi
setelah sekian lama meninggalkan arena penulisan blog ni (ayat mcm nak kena makan kasut size 9 jee), kini kiita bersua kembali. maaflah. blog ni agak simple mimple dimple kimple jimple sangat. al maklumlah, this blog i created on this evening okeyy. but then not more than 24hours terus cretae entry post! huaaa. gila gelojoh saya :p bukan apa, segalanya bersebab, as what omputih ckp "everything happens, just for a good reason". good reason lah sgt! hihooo
okay, sorry kalau entry kalini agak panjang lebar. heee.
soooooo. baiklah anak2, cetengok kalendar sekarang. cepat cepat, tengok harini berapa haribulan? esok berapa haribulan? hihikkss. tomorrow is the day. alhamdulillah again. dah 18tahun saya hidup, diberi peluang dan ruang untuk terus bernafas di dunia kurniaan-Nya yang sungguh indah tak terkata ini. subahanallah!
err. sebelum membebel panjang, jom kita te-ro-bek (throwback) gambar-gambar zaman jepun ni yaaa. jap-jap. jangan gelak terguling-guling sudahlah ya!
gila zaman jepun! huahahaha saya yang mana? saya yang tengah
pegang cawan sambil buat muka kerek tu haa. and beside me tu lah abang saya!

alalala. hahaha. kenapa comel sangat? if i could return back my past,
saya taknak besar. nak kecil ja. biar sentiasa comel. haha

when i look back at this pictures, then i ask my mom " makkkkk. 
kenapa bedak tu bertepek kat dahi? kat kening?" then my mom replied 
"dulu kalau pakai bedak berkepuk2 pun comel. cuba awak buat sekarang, mesti mcm 
india nak mandi minyak dah" hahahaha. 
anyway, ayat kenyataan mak sangat kejam! muahahaha :D

hahaha! terasa mcm nak terkeluar hingus hijua biru kuning purple ja!
dulu punya pose mcm pepoyo ja! hahaksss.
ce buat centu sekarang? gila kau nak masuk book of records kah? huahaha ;D

 okayy. sila buka mata besar2, and say "comelnyaaa"
haha. terima kasih :p

muka saya sebiji mcm muka bibik nenek saya! haha

ini hari kedua saya sekolah tadika!
btw, ini arwah atuk (belah ayah) saya. arwah terlalu sayangkan saya!
allahu. rindu arwah. *al-fatihah.

ini majlis dinner mak ayah saya dulu. 
sangat jelous melihat hubungan mak ayah yang terlalu romantik.
semoga satu hari nt saya juga jadi seperti mereka! amin.

ya. alhamdulillah. merekalah penentu syurga saya sebelum suami saya. 

dan alhamdulillah. now, i am 8teen! 


so, moment te-ro-bek dah habis! hihoooo
and, di kesmpatan ni, entry first dlm blog baru, nak wish happy birthday to myself. semoga terus berusaha menjadi yang terbaik untuk mak ayah, terus berusaha mencapai kejayaan, semoga menjdai anak yang solehah, terus menjadi seorang insan yang berjasa, dannnn.. terus berusaha untuk menjadi seorang kekasih yang selalu memahami. and to my dear NM, thankyou for everythinggsss.
untuk mak ayah, terima kasih sebab dah menjaga adik dari seketul darah dalam rahim, sehingga lah harini, saat ini, terima kasih untuk segalanyaaa. i love you both to the moon and the back!
okaylah. dah terlalu lama menaip. naik kejung jari jemari saya ni haa. hihi.  till meet you in my next entry ya! xoxo. love youu. assalamualaikum :)