Sunday 4 May 2014

#throwback

alhamdulillah.

assalamualaikum semuaa. huh, bila dah lebih 3 hari tak menaip di blog, tiba-tiba terasa rindu yang sangat membuak. so, taknak cerita panjang, and just straight to the point ya?
okay okay my blogwalking sekalian, semalam bertarikh 3 mei 2014, secara rasminya, secara pertama kalinya, secara teruja tahap menggila buta nya, secara jakun tahap rusa masuk kampungnya, and secara what so on lah, saya and my other friends pergi outing ke bandar dengan menaiki kereta yang dipandu sendiri oleh one of us! gila tak jakun nokkssss. memang tulah harapan dan impian dulu-dulu masa zaman-zaman sekolah. asal ada masa free ja, mesti verangan sampai meleleh air liur basi (huaa. gelinya) *gurau okeyy. verangan lah. "nanti dah habis sekolah, amik lesen, pastu kita keluar ramai-ramai, pergi jalan-jalan". "nanti dah habis sekolah pertama sekali yang aku nak buat ialaha nak amik lesen ketaaa. baru panjang sikit langkah nak berjalan berjimba berfoya-foya". see? budak-budak sekarang, waktu free kat sekolah bukan nak ulang kaji pelajaran. ececehh. mcm lah saya ni ulangkaji sangat kan? huahaha. then, back to the main story. so, bayangkanlah, dalam satu kereta wira bersama turbo gila bunyi ekzos satu bandar segamat sampai muar boleh dengar bunyinyaa. huahaha. mula-mula tu mcm percaya tak percaya ja sampai terlepas kat mulut "ehh, biar betul naik kereta ni". ingatkan cakap dalam hati, rupanya terlepas kat mulut. haha. habis satu kereta dok beria sakan menggelakkan mak! huaaaa. bukan apa, before ni kalau terserempak dengan kereta yang bunyi mengaum mcm harimau lapau tu memang kena sumpah lakhnat ja dengan saya! haha. jakgi, for the last, saya pula yang kena naik. tu yang mcm tak boleh terima kenyataan ja. haha. *agak-agak ada orang sumpah lakhnat saya tak semalam? haha. ahh. sumpah pun sumpahlah. yang pasti sekarang aku dah takkan sumpah-sumpah kereta mcmtu lagi. sebab not bad jugaklah! huhaaa. walaupun setiap kali langgar bendul, terasa seperti disiat-siat ja punggung ni. haha. sebab apa? sebab keretanya rendah, so setiap kali lalu bendul, akan jejak. last-last, ntah teori nenek moyang zaman merongmahawangsa mana ntah yang ckp, kena senget sikit kalau lalu bendul. hah, last-last, berjaya juga experiment tu. sumpah tak jejak dah! so, sesiapa yang nak cuba, cubalah! gerenti berpuas hati, jaminan pulangan kalau jejak juga, boleh bawak balik bendul tu letak depan rumah. hihikksss.
kadang-kadang terfikir juga, agak nya jejak disebabkan terlebih muatan juga kot! bayangkan lah kakak-kakak, makcik-makcik, pakcik-pakcik, satu kereta wira naik 6orang noksss. huaaa. mcmtu, naik kereta kuda pun kuda surrender. haha. kereta bunyi mcm gila perkasa gagah bergaya, jakgi kalau kena tahan polis habis kena gelak ja dengan pak polisi tu sebab dalam kereta macam sardin. kalau ada jambatan timbang, memang confirm-confirm overload punya! hahahahaha. gila memekak dlm kereta jgn ckplah. semua tak berubah-rubah. tapi bila ada lagu best ja, mula lah semua dok melayan perasaan feeling-feeling ala-ala achik dgn nana. haha! nasib baik saya duduk depan, jadi GPS untuk pak supir kami. hihi. yang pak supir kami ni, kering ja, tapi bawak kereta kalah michelle schumacer (betul kah ejanya ni) hihi.
alaa. kitorang outing semalam pun sebab dah lama sangat tak berjumpa. dah 2tahun tak jumpa. sebab last jumpa masa amik result pmr, then i got an offer for MRSM. jadi rindunya memang tidak terkatalah. and memandangkan, major of us yang akan sambung form 6 yang akan mendaftar diri esok (isnin), and 2 of us akan futher to matriks, thats why kejamkan juga mata, main rempuh ja pilih tariks semalam untuk buat gathering sikit, untuk lepaskan rasa yang sudah lama terbuku ni ha. atleast dapat jumpa kejap pun jadilah kan? hihi. betullah orang cakap, time study is the most precious time yang kita memang takkan lupa. sebab memang banyak gila kot kenangan dengan kawan. bergaduh, berbaik, bergelak, menangis, jatuh bangun semua sama-sama. kan? walaupun pernah bermusuh, tapi at last, jadi kawan rapat juga! alhamdulillah. persahabatan ni anugerah ALLAH juga tau! so hargailah ia, kerana persahabatan ni umpama seuntas tasbih, yang dicipta, ada pengawalan, tapi tiada pengakhiran. yang diratib, untuk meraih kasihnya ya Rabbi. alhamdulillah. okay, jom layan picca yang sempat diambil semalam. maaflah kalau gambar-gambarnya mcm over putih pula! sebab my camera punya flash semalam mood dia baik pula. dia bagi layanan 5star punya. sebabtu gambar ni pun jadi cantik. jangan ckp saya ter-over editing pula ya. saya just edit sikit leghtning dia, and tambah caption dan border. tu jaa. so, lessggoo kita layan gambar :)

gila muka ajet-ajet ayu ja yang belakang tu :p
muka semua sudah menunjukkan kematangan okeyy.
siapa yang nampak kami semalam? hihoooo
syikin tudung pink tu lah budak yang paling care pasal saya. 
huaaa. terharu ada kawan mcm dia ni.
masa nak amik gambar ni, terlalu banyak halangan okeyy. 
orang nak tumpang lalu bagailah. menyibuk kan?
muka semua bengang ja sebab mekka tarik tudung dieorang. muehehe
nasib baik saya tak kena!
muka excited dapat lepas masuk kereta. btw, bukan si tudung 
kuning tu ya pak supir kami. dia act-act ja! haha
subahanallah. comelnya kami!
syifa' yang belakang tu bongek. haha
mana syifa'? hahaha
macam jakun ja. macam jakun ja.
mcm lost and found pula! inilah dia pak supir yang sebenar. hihoo
kami dulu pernah jadi sahabat baik, sehinggakan mencipta nickname 
"chabby". sebab cha+abby. hihi
muka gila belagak mcm minta kasut saiz 9 :p
muka gila comel mcm minta gula-gula ja. 
wahahahaha. sangat gila.
comelnya kita kan abby kan syifa'? haha
ini baru sikit puak kami. kalau bawa semua, fining abang-abang
kakak-kakak pekerja mcD tu.
alalalala. rindu semuanyaaaaa :(
syikin, kita comel kan? kan?
syikin told me to make a surprise face. so, this is the result.
awak jangan gelak okayy syikin!
mana syikin? mana syikin? laaa. kat belakang ghupenyerrr :p
last but not least, thanks a lot nurul! kalau awak takda, mesti tak bergeraklah
kita semua semalam kann? hihi

okay. thats all. yang bertudung biru berbaju kurung itulah pak supir kami. terima kasih nurul! hehe. after ni jangan lupa temu janji kita untuk outing masa sem break nanti ya! yang nak daftar form6 esok (isnin), goodluck! may ALLAH ease youalls on everyhting what you do. okay? jangan lupakan saya yang bakal berangat ke kedah ni yaa. janji tau. hihi.
till meet you next. xoxo. love youu.